Persatuan PENGASIH Malaysia dengan usahasama bersama PETRONAS, telah mengadakan Program Bualbicara “Kenali Anak Kita” di Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Maju, Seksyen 2, Setapak Kuala Lumpur pada 23 Mei yang lalu.
Program ini merupakan program pertama dijalankan di dalam kempen kemasyarakatan “Kenali Anak Kita” yang akan berjalan selama 2 tahun. Pelbagai aktiviti akan dijalankan semasa kempen ini seperti Program Bualbicara, Seminar, Bengkel dan lain-lain lagi.
Program Bualbicara “Kenali Anak Kita” ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Aminah Bte Hj. Abd. Rahman DIMP, AMN, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.
Manakala En. Aziz Desa menjadi Pengerusi Panel semasa program ini dijalankan. Antara barisan panel pada hari tersebut adalah Tuan Haji Mohd Yunus Pathi Mohd (YDP PENGASIH Malaysia, Tuan Haji Mohd Yusof Ismail (CEO Ain Society, Singapura) dan Dr. Khamsiah Ismail (Pemangku Pengarah Bhg. Pembangunan Keluarga LPPKN).


Posted in
Tags: 